Thursday, January 1, 2009

muzik baru utk kita

Setiap hari kita dapat lihat banyak kumpulan gitar rancak ditubuhkan oleh anak-anak muda. Satu terma yang agak klise ialah "tumbuh bagai cendawan setelah hujan lebat". Bunyinya seperti klise, tapi itulah yang melanda kini. Walaupun ia tidaklah semeriah tahun 2007-2008. Namun, hakikatnya anak muda kita terus berkarya dan ini adalah satu perkembangan yang begitu sihat.

Tidak boleh dinafikan lagi bukan?.

Ada yang memandang sebelah mata. Tapi, siapa mereka untuk memandang anak-anak muda ini sebegitu. Aku jelek dengan perangai manusia sebegini, sudahlah mereka tidak mempunyai apa-apa, kemudian mahu sahaja menjatuhkan orang yang mahu pergi jauh.

Anda tidak mahu sokong, anda boleh pergi mampos!. Tidak usahlah bersikap terlalu pesimistik. Kerana anda sudah dilahirkan sebagai manusia yang gagal. Lalu mulai cemburu dengan kemampuan manusia lain.

Ya.

Tidak perlu aku mengunakan slogan "support our local act". Aku hanya menyokong apa sahaja mereka yang mempunyai kemampuan dan keinginan untuk maju ke depan. Bukan hanya bijak dimulut tapi bodoh dari segi kelakuannya. Jika anda seorang Indonesia atau Thailand sekalipun, tapi anda telah memukau aku. Pastinya aku akan sentiasa memberikan sokongan. Sayang jika bakat itu tidak dihargai kemudian penghargaan itu diberikan pula kepada mereka yang tidak sepatutnya.

Itu hanya secebis kisah. Ini adalah tentang muzik Malaysia. Setelah sebulan berlalu, aku menlihat persembahan dari kumpulan Khottal, aku nyata terus terpegun. Itu persembahan sulung mereka di khalayak ramai. Meremang bulu roma aku melihat alunan muziknya. Begitu indah dan mengasyik seperti sebuah pancaragam yang mengunakan pelbagai instrumen tetapi dalam corak yang begitu melankolik serta ada cerita disebalik setiap ton-ton yang dikeluarkan.

Band yang membariskan lapan orang anak muda ini. Ya, lapan orang dan semestinya pentas persembahan agak semak samun dengan kelibat mereka. Apatah lagi berbelas-belas alat muzik yang digunakan telah menjadikan hati aku cair luluh terlompong dengan keenakan lontar kata-kata muzik.

Mempunyai pengaruh yang kuat daripada Death Cab For Cutie, Arcade Fire, Broken Social Scene dan beberapa lagi band hebat dunia. Khottal telah meletakkan diri mereka sendiri pada tahap yang cukup bergaya.

Lalu dalam hati aku semasa menyaksikan persembahan mereka berkata, "inilah yang aku mahukan!"

Buat Khottal pula, jangan mudah berpuas hati dengan apa yang ada sekarang. Teruskan melakukan sesuatu yang lebih baik. Pujian bukanlah tiket untuk kamu ke terus maju, ia hanya check point yang terpaksa membuat anda berhenti seketika untuk senyum. Jangan melihat langit yang sentiasa cerah kalau berlari, nanti esok lusa hujan juga bukan?.

Selepas habis persembahan, aku ke belakang, mengangkat kening kepada Meor (bodysurf owner/drummer muck). Dia pun berkata "awsome!". Jarang sekali band baru dapat pujian sebegitu. Dan untuk anda semua, apa yang anda mahu lagi?. Inilah masa depan yang kita inginkan selama ini. Tunggu sahaja E.P mereka kelak.


yang benar

mohammad firdaus

hidup utk mengejar impian ?

dalam menggejar sebuah impian semestinya banyak perkara yang perlu kita hadapi,nak berseronok tentang banyak perkara?..namun terlalu sedikit perkara yang perlu di fikirkan,entahlah kadang-kadang perkara yang tidak pernah diidamkan akan datang dengan mengejut,tapi perkara yang kita idamkan sukar untuk ia muncul.,niat serta tipu daya manusia di zaman ini terlalu banyak dan terlalu sukar di kesan mungkin kerana peningkatan pembangunan yang kian mencecah langit biru serta kecanggihan alat media massa yang menyebahkan tersebar meluasnya kisah-kisah yang sepatutnya menjadi rahsia. kita mungkin berfikir tentang hari ini,tapi di hari kemudiannya? ..nyawa dan roh yang telah di anugerahkan tidak pernah kita hargai,begitu mudah untuk di kuasai oleh segelintir jasad yang lain di muka bumi, orang berkata..mengucapkan atau menceritakan sesuatu atas dasar sebuah pengalaman..mungkin juga semua perkara itu betul dan hanya rekaan semata-mata atas dasar cuba menarik segala perhatian masyarakat umun dari kalangan mereka yang sentiasa berfikiran positif.. kenapa mesti semuanya perlu di pertikaikan pabila ada jiwa yang cuba untuk mewujudkan sebuah pemikiran?.. cermin diri sendiri sebelum kita tunjukkan cermin itu pada orang lain? kenapa mesti perkataan itu yang sering di ucapkan? sesetengah orang bukan bertindak atas kemahuan sendiri,tapi atas kemahuan orang lain.. mungkin apa yang perlu kita lakukan adalah diam dan fikir..jangan coba menjatuhkan seseorang kalau tidak mendatangkan kebaikan semua pihak..jangan pentingkan diri sendiri,dengar dahulu apa kata mereka..cuba fahami kenapa mereka bertindak sedemikian,dan beri peluang untuk mereka katakan perkara itu dahulu,mungkin ada yang terselit sesuatu yang kita tidak pernah tahu selama ini..