Setiap hari kita dapat lihat banyak kumpulan gitar rancak ditubuhkan oleh anak-anak muda. Satu terma yang agak klise ialah "tumbuh bagai cendawan setelah hujan lebat". Bunyinya seperti klise, tapi itulah yang melanda kini. Walaupun ia tidaklah semeriah tahun 2007-2008. Namun, hakikatnya anak muda kita terus berkarya dan ini adalah satu perkembangan yang begitu sihat.
Tidak boleh dinafikan lagi bukan?.
Ada yang memandang sebelah mata. Tapi, siapa mereka untuk memandang anak-anak muda ini sebegitu. Aku jelek dengan perangai manusia sebegini, sudahlah mereka tidak mempunyai apa-apa, kemudian mahu sahaja menjatuhkan orang yang mahu pergi jauh.
Anda tidak mahu sokong, anda boleh pergi mampos!. Tidak usahlah bersikap terlalu pesimistik. Kerana anda sudah dilahirkan sebagai manusia yang gagal. Lalu mulai cemburu dengan kemampuan manusia lain.
Ya.
Tidak perlu aku mengunakan slogan "support our local act". Aku hanya menyokong apa sahaja mereka yang mempunyai kemampuan dan keinginan untuk maju ke depan. Bukan hanya bijak dimulut tapi bodoh dari segi kelakuannya. Jika anda seorang Indonesia atau Thailand sekalipun, tapi anda telah memukau aku. Pastinya aku akan sentiasa memberikan sokongan. Sayang jika bakat itu tidak dihargai kemudian penghargaan itu diberikan pula kepada mereka yang tidak sepatutnya.
Itu hanya secebis kisah. Ini adalah tentang muzik Malaysia. Setelah sebulan berlalu, aku menlihat persembahan dari kumpulan Khottal, aku nyata terus terpegun. Itu persembahan sulung mereka di khalayak ramai. Meremang bulu roma aku melihat alunan muziknya. Begitu indah dan mengasyik seperti sebuah pancaragam yang mengunakan pelbagai instrumen tetapi dalam corak yang begitu melankolik serta ada cerita disebalik setiap ton-ton yang dikeluarkan.
Band yang membariskan lapan orang anak muda ini. Ya, lapan orang dan semestinya pentas persembahan agak semak samun dengan kelibat mereka. Apatah lagi berbelas-belas alat muzik yang digunakan telah menjadikan hati aku cair luluh terlompong dengan keenakan lontar kata-kata muzik.
Mempunyai pengaruh yang kuat daripada Death Cab For Cutie, Arcade Fire, Broken Social Scene dan beberapa lagi band hebat dunia. Khottal telah meletakkan diri mereka sendiri pada tahap yang cukup bergaya.
Lalu dalam hati aku semasa menyaksikan persembahan mereka berkata, "inilah yang aku mahukan!"
Buat Khottal pula, jangan mudah berpuas hati dengan apa yang ada sekarang. Teruskan melakukan sesuatu yang lebih baik. Pujian bukanlah tiket untuk kamu ke terus maju, ia hanya check point yang terpaksa membuat anda berhenti seketika untuk senyum. Jangan melihat langit yang sentiasa cerah kalau berlari, nanti esok lusa hujan juga bukan?.
Selepas habis persembahan, aku ke belakang, mengangkat kening kepada Meor (bodysurf owner/drummer muck). Dia pun berkata "awsome!". Jarang sekali band baru dapat pujian sebegitu. Dan untuk anda semua, apa yang anda mahu lagi?. Inilah masa depan yang kita inginkan selama ini. Tunggu sahaja E.P mereka kelak.
yang benar
mohammad firdaus
Thursday, January 1, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
muck orang payrock
ReplyDeletesyg , i love you so much :)
ReplyDelete